1. Dalam memperkatakan sistem pendidikan dewasa ini, terdapat beberapa golongan
2. Golongan pertama amat menyanjung tinggi sistem pendidikan konvensional hari ini
3. Mereka selesa dengan sistem pendidikan yang ada sehingga menganggap nilai kehidupan seseorang itu terletak pada sehelai kertas yang menandakan kelulusan kita
4. Jika seseorang itu tidak memiliki ijazah, master atau PhD, maka dia dianggap tidak akan berjaya dalam kehidupan
5. Pandangan yang pertama ini ada kebenarannya di satu sudut, namun kurang tepat di sudut yang lain
6. Tanpa ijazah, tidak semestinya kita akan gagal dalam kehidupan
7. Jika kita ingin bekerja sendiri, kita tidak memerlukan kelulusan yang begitu tinggi untuk memulakan perniagaan kita
8. Malah ramai orang yang memiliki kelulusan yang tinggi dalam bidang akademik, namun gagal dalam kehidupannya
9. Kecemerlangan dalam bidang akademik dalam sistem konvensional hari ini penting, namun hal ini bukanlah penamat segala-galanya
10. Kita masih boleh berjaya dalam kehidupan meskipun tidak begitu cemerlang dalam sistem pendidikan hari ini
11. Golongan kedua pula amat tidak menyukai sistem pendidikan hari ini
12. Sebahagian mereka menganggap kecemerlangan dalam sistem pendidikan hari ini tidak penting sama sekali
13. Ada yang tidak menyukai peperiksaan, ada yang tidak menyukai pembelajaran kerana terpaksa, ada yang memandang rendah kepada sijil dan kelulusan
14. Ada juga yang menganggap sistem pendidikan hari ini harus diruntuhkan dan digantikan dengan sistem baru kerana tidak islamik
15. Pandangan ini juga ada nilai positif dan ada nilai negatifnya
16. Sudut positifnya, kita tidaklah terlalu mendewa-dewakan sistem pendidikan yang ada sehingga ada pelajar yang belajar kerana peperiksaan semata-mata. Selepas peperiksaan, dia pun melupakan apa yang dihafalnya
17. Positifnya lagi, kita tidak terlalu teruja dengan sistem pendidikan yang seolah-olah mengasingkan Allah dari kehidupan sehingga menghasilkan individu yang bersifat sekular
18. Negatifnya, sebahagian orang hanya menjadikan kepincangan sistem pendidikan ini sebagai escapism kepada ketidakmampuan mereka beradaptasi dengan sistem pendidikan yang ada
19. Sebahagian mereka memang tidak suka belajar, sebahagian lagi hanya suka mengkritik, lalu mereka mencari-cari kesalahan dalam sistem yang ada untuk menjustifikasikan kelemahan yang ada
20. Sebahagian lagi terlalu idealis. Sistem yang ada ingin diruntuhkan dan digantikan dengan sistem yang baru secara revolusi
22. Golongan ketiga adalah golongan yang bersikap sederhana dalam menghadapi permasalahan sistem pendidikan yang ada
23. Mereka mengakui bahawa banyak kelemahan dalam sistem yang ada
23. Mereka juga mengakui bahawa ada sudut positif dalam sistem ini
24. Mereka berpandangan sistem yang ada perlu diperbaiki, di samping di sana terdapatnya keperluan untuk mencipta sistem pendidikan yang baru yang lebih mendekatkan manusia kepada Penciptanya
25. Mereka berusaha memperbaiki kelemahan sistem yang ada, di samping terbuka kepada idea-idea pendidikan yang baru
26. Mereka cemerlang dalam sistem yang ada. Mereka mungkin memiliki PhD tetapi mereka tidak menjadikan sijil tersebut sebagai ukuran mutlak
27. Mereka menapis apa yang tidak sesuai dengan epistemologi Islam dalam sistem yang digunakan
28. Mereka kritis dengan sistem yang ada, namun mereka tidak naif dengan menafikan kebaikannya. Malah kebaikan itu digunakan agar mereka mencipta nilai yang lebih baik untuk generasi akan datang
Kritis tetap kritis
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan