“Ustaz, saya susah hati. Bagaimanakah cara untuk menggembirakannya
kembali?” soal seorang pelajar wanita tingkatan 5 kepada gurunya.
“Tuan, masalah saya ini berat. Adakah di sana jalan
penyelesaiannya?” keluh seorang lelaki muda kepada kaunselor yang ditemuinya.
Masalah hati…
Mencari-cari penawar kepada kegelisahan yang melanda jiwa…
Keluhan demi keluhan diluahkan oleh insan yang cuba mengisi kekosongan
yang dirasakan di dalam dirinya.
Zikir Yang Menenangkan Jiwa
Allah
berfirman dalam Surah Ar-Ra’d [ 13 ] ayat 28 :
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا
بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ertinya :
Orang-orang yang beriman itu menjadi tenang jiwanya dengan
mengingati Allah
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi
tenang
Al-Hafiz Ibnu Kasir rahimahullah ( wafat 774 H ) ketika menafsirkan
ayat ini mengatakan bahawa ayat ini menjelaskan keadaan seseorang yang berasa
gembira dan cenderung kepada Allah s.w.t , berasa tenang ketika mengingati-Nya,
serta meredhai bahawa Allah s.w.t itu pelindung dan penolongnya.
[ Ibnu Kasir, Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, ( Beirut : Dar Ibn
Hazm , 2000 ), halaman 1012 ]
Di zaman Facebook yang mengubah kaedah berinteraksi sesama insan ini,
masih ramai yang tersekat dalam kesesakan fenomena materialisme.
Kekayaan yang diraih rupa-rupanya belum menjamin kebahagiaan.
Wang yang dimiliki rupa-rupanya belum menjamin keselesaan.
Lantas manusia berpaling ke sana dan ke sini .
Mencari penawar bagi hati…
Manusia kembali kepada fitrahnya..
Fitrah beragama…
Fitrah seorang hamba…
Dan di sini tugas seorang pendakwah untuk mendekati orang yang
ingin didakwahi dengan sehikmah-hikmah cara.
Nasihat
Imam An-Nawawi rahimahullah ( wafat 676 H ) menukilkan sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah ( wafat 261 H ), lalu beliau meletakkannya sebagai
hadis yang ke-7 dalam kitabnya yang terkenal iaitu Hadis 40 :
عَنْ
أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
الدِّيْنُ
النَّصِيْحَةُ
قُلْنَا
لِمَنْ ؟
قَالَ
:
لِلَّهِ
وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ
Ertinya
:
Daripada Abu Ruqaiyyah, Tamim Ad-Dari r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Agama itu nasihat
Kami bertanya kepada siapa?
Baginda menjawab :
Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-Nya, bagi pemerintah
muslimin dan umat Islam keseluruhannya.
Ibnu
Daqiq Al-Id ( wafat 702 H ) ketika mensyarahkan hadis ini berpandangan bahawa
ayat الدِّيْنُ
النَّصِيْحَةُ itu
bermaksud bahawa nasihat itu merupakan tonggak dan asas bagi agama.
[
Ibnu Daqiq Al-Id, Syarah Al-Arbain Hadisan An-Nawawiyyah, ( Mekah : Maktabah
Al-Faisaliyyah, t.t. ), halaman 32 ]
Nasihatilah dengan cara yang berhikmah.
Sesungguhnya Islam itu indah!
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan