Fiqh Al-AKhlaq Wa Tazkiyyah An-Nafs 1
Coretan santai dari menara gading
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa
Begitulah indahnya
bidalan ( ke peribahasa? hentam sajalah labu ) orang-orang tua di zaman
dahulu bagi mengungkapkan keindahan budi pekerti. Tutur kata yang penuh
hemah dan disulami dengan tingkah laku yang penuh hikmah menjadi
'perhiasan' yang meniti di bibir-bibir manusia.
Akhlaq, mudah
untuk disebut, perit untuk disahut. Semudah mengucapnya, namun payah
diungkap dalam kehidupan realiti. Malah diri yang menulis ini juga
tidaklah sempurna peribadinya.
Tazkiyyah An-Nafs, secara mudah
diertikan dengan penyucian jiwa. Bagaimana menyucikan jiwa? Mungkin itu
persolan yang bermain di minda setiap orang yang inginkan keredhaan
Ilahi.
Justeru, apa kaitan akhlaq dan tazkiyyah an-nafs?
Manusia itu adalah ibarat LRT (Light Rapid Transit? ) Wow, cakap orang
putih la pulak.. Sepantas mana ia bergerak, ia tidak boleh lari dari
landasan yang diciptakan untuknya. Begitulah ibaratnya manusia, telah
diciptakan 'landasan' oleh Allah untuk kehidupannya di muka bumi ini.
Landasan itu adalah apa yang diwahyukan oleh-Nya dalam Kalam-Nya dan
dihuraikan oleh lisan Rasul-Nya. Dan landasan ini, akan membawa kita
menuju ke destinasi yang dituju, iaitu akhirat yang kekal abadi.
Dalam perjalanan menuju landasan, kita akan membawa 'penumpang',
'penumpang' itu adalah amalan-amalan kita di dunia. Akhlaq itu ibarat
amalan yang baik, yang digandingkan dengan 'pemandu' kereta api tersebut
iaitu tazkiyyah an-nafs. ( Tetapi LRT mana ada pemandu ya tak? Kalau
macam tu anggaplah sistem komputer yang menyelaras perjalanan LRT itu
adalah pemandunya )
Gandingan antara pemandu dan penumpang, di
atas landasan yang betul, akan membawa kita menuju ke destinasi yang
dituju. ( Betul ke perumpamaan macam ini? Tak kisah lah. Yang penting ia
sekadar ilustrasi untuk menggambarkan apa itu akhlaq dan kaitannya
dengan tazkiyyah an-nafs )
Semoga kita sama-sama sedang berada
di atas landasan yang betul...
P/s : Bersambung di coretan
santai seterusnya
^_^
Allah2...begitu banyak perkongsiannya..semoga dirahmati ALLAH selau...Allahumma Amin. insyaALLAH... teruskan dengan penulisan ni..insyaALLAH..=)
BalasPadamTerima kasih di atas sokongan... Saya juga mendokan kejayaan saudari dalam kehidupan... semoga Allah merahmati kita semua... :)
Padam