Pintu Yang Berkunci Itu
Rahman : Assalamualaikum w.b.t. Tolong buka pintu ini? Saya dah pulang
Abu : Waalaikummussalam w.b.t. Silalah masuk
Rahman :
Bagaimana saya boleh masuk jika kamu tidak membuka pintunya??
Abu : Dan bagaimana pula saya dapat membuka pintu ini untuk kamu jika
saya tidak memiliki kuncinya??
Anekdot di atas adalah cerita
rekaan semata-mata. Ya, biasanya untuk memasuki sebuah rumah kita akan
masuk melalui pintunya ( kecuali anda ada hobi untuk masuk ke dalam
rumah melalui tingkap ). Dan untuk membuka pintu itu, kita memerlukan
kuncinya ( kecuali pintu anda jenis automatik, itu pun masih memerlukan
kepada sebuah sistem berkomputer untuk mengendalikannya )
Begitulah juga perumpamaan antara jiwa yang suci dan bersih dengan
tauhid yang lurus. untuk memiliki jiwa yang bersih, masuklah melalui
pintu yang tepat iaitu akidah. Akidah yang sejahtera adalah sebagaimana
yang terakam dalam ungkapan syahadatain iaitu "Tidak ada tuhan selain
Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul-Nya"
Dua kalimah
syahadah inilah anak kunci kepada pintu akidah bagi sebuah rumah yang
dinamakan Tazkiyyah An-Nafs. Rumah ini ditegakkan dengan 6 Rukun Iman
dan 5 Rukun Islam sebagai tiang-tiangnya.
Perumpamaan ini
hanyalah sekadar perumpamaan, untuk menggambarkan hubungan di antara
Akidah, Syahadah, Rukun Iman, Rukun Islam dan Tazkiyyah An-Nafs.
Kesimpulannya, apabila ingin memasuki sesebuah rumah, masuklah melalui
pintunya...
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan