Wang, Anda Dan Islam
Buku ini adalah hasil nukilan tokoh yang
tidak asing lagi di
negara kita iaitu Al-Fadhil Dr Zaharuddin Abd Rahman Hafizahullah.
Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan
Islam. Dr Zaharuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin
dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, dan
Doktor Falsafah dalam Syariah And Islamic Finance dari Universiti of Wales
Urusan kewangan adalah merupakan suatu isu yang penting dalam kehidupan
seorang Muslim. Tidak dapat tidak, kita terpaksa berhadapan dengan isu
ini setiap hari. Justeru, kehadiran buku ini adalah tepat pada masanya
di kala umat Islam dahagakan informasi-informasi terkini dalam urusan
kewangan.
Antara topik yang dibahas dalam buku ini adalah
berkaitan dengan perbankan Islam, MLM, KWSP dan sebagai. Saya secara
peribadi mengesyorkan buku ini sebagai bahan bacaan bagi mereka yang
ingin berjinak-jinak dengan Ilmu Kewangan Islam, terutamanya para
pelajar yang mengambil jurusan syariah.
Selamat membaca...
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan