Ahad, 2 Disember 2012
Rabu, 26 September 2012
Hanya Tiga Tiga Sekupang ( Episod 1 )
Di dalam sebuah kedai telefon, terdapat masyarakat telefon yang hidup aman damai antara satu sama lain.
Setiap telefon di situ berbeza-beza asal usulnya.
Ada yang berasal dari keluarga NOKIA, ada yang berasal dari keluarga SAMSUNG, ada yang berasal dari keluarga APPLE dan sebagainya.
Di antara telefon-telefon itu, ada sejenis telefon yang bernama 3310 dari keluarga Nokia.
3310 sering berasa rendah hati kerana keadaan dirinya yang serba kekurangan.
Dia tidak mampu mengambil gambar yang indah untuk bakal tuannya yang akan membelinya, tidak juga dia memiliki talian internet untuk disambungkan.
Pendek kata, dirinya tidak setanding dengan rakan-rakannya seperti Galaxy Tab dari keluarga SAMSUNG atau I-Phone 5 dari keluarga APPLE yang lebih berada.
3310 berasa sedih dengan kedhaifan dirinya itu.
"Masih adakah yang sudi untuk memilikiku nanti? Dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini? " itulah monolog yang sering difikirkan oleh 3310 setiap hari.
Selasa, 4 September 2012
Isnin, 3 September 2012
Ahad, 2 September 2012
Sistem Pendidikan Konvensional : Antara Taqlid Dan Tajdid
1. Dalam memperkatakan sistem pendidikan dewasa ini, terdapat beberapa golongan
2. Golongan pertama amat menyanjung tinggi sistem pendidikan konvensional hari ini
3. Mereka selesa dengan sistem pendidikan yang ada sehingga menganggap nilai kehidupan seseorang itu terletak pada sehelai kertas yang menandakan kelulusan kita
Sabtu, 1 September 2012
E-Book Percuma Himpunan Ayat-Ayat Pilihan Dalam Al-Quran
E-Book ini mengandungi himpunan ayat-ayat Al-Quran yang sering dijadikan doa dan wirid harian.
Buat permulaan, ayat-ayat yang dikumpulkan terdiri daripada Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah.
Dipersilakan untuk membaca atau mendownload e-book ini secara percuma di link berikut :
Jumaat, 31 Ogos 2012
Asas Takhrij Hadis Dalam 5 Minit
1. Takhrij secara bahasa bererti mengeluarkan
2. Secara istilah, takhrij adalah mengembalikan hadis itu kepada sumber asalnya yang disertakan dengan sanad, serta menjelaskan kedudukannya ketika perlu [ Mahmud At-Tohhan, Usul At-Takhrij Wa Dirasah Al-Asanid, ( Beirut : Dar Al-Quran Wa Al-Karim, 1979 ) Cetakan Kedua, hlm 9 ]
Khamis, 30 Ogos 2012
Rabu, 29 Ogos 2012
Teknik Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari Secara Santai
1. Al-Quran mengandungi 30 Juzuk dan 240 maqra'
2. Satu juzuk = 8 maqra'
3. Baca 1 juzuk secara 'chunking' ( mengagihkan bacaan )
4. Teknik pertama
- Baca 2 maqra' setiap kali solat fardhu sehari semalam
- Hasilnya, sehari = 10 maqra'
- 24 hari = 30 Juzuk + 6 hari waktu rehat sebelum mengkhatamkan Al-Quran lagi
- Hasilnya, sehari = 10 maqra'
- 24 hari = 30 Juzuk + 6 hari waktu rehat sebelum mengkhatamkan Al-Quran lagi
5. Teknik kedua
- Baca 8 maqra' sehari setiap kali waktu solat
- Peruntukkan 1 waktu solat untuk rehat
- Hasilnya, sehari = 8 maqra' + 1 waktu rehat
- 30 hari = 240 maqra' = 30 Juzuk
Selamat mencuba
^_^
Rahsia Naik Pangkat
1. Ramai orang yang menyangka apabila kita telah lama berkhidmat, maka peluang kita untuk naik pangkat adalah lebih cerah
2. Sangkaan ini ada benarnya, namun hal ini hanya faktor kecil
3. Justeru ramai yang tidak berpuas hati apabila ada orang baru yang dilantik ke jawatan lebih tinggi sedangkan kita sebagai orang lama tidak dilantik ke jawatan tersebut
Isnin, 30 Julai 2012
Tips Berdoa
Ringkasan 10 Tips berdoa menurut pandangan Imam Al-Ghazali ( w. 505 H ) rahimahullah dalam Kitab Ihya' Ulum Ad-Din :
1. Memilih waktu-waktu yang mulia untuk berdoa seperti Hari Arafah, hari-hari dalam bulan Ramadhan, waktu sahur dan sebagainya
2. Berdoa dalam keadaan khusus seperti ketika bersujud atau ketika turunnya hujan
3. Menghadap kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan
Rabu, 25 Julai 2012
Selasa, 17 Julai 2012
Genius & Risiko
Seseorang
yang berfikir melangkaui zaman, akan ditolak di zamannya. Lihatlah apa
yang terjadi kepada Imam Al-Bukhari rahimahullah yang dipulaukan semasa
hidupnya, namun dikenang selepas beliau tiada. Jika kita membaca sirah
beliau, nescaya menitis air mata mengenangkan nasib yang menimpa beliau
di akhir hayatnya
Galileo Galilei yang mengemukakan teori heliosentriks, ditentang habis-habisan semasa beliau masih hidup, sebelum teori beliau dapat diterima beberapa ratus tahun selepas kematiannya
Genius datang bersama risiko. Apabila kita berfikir tidak seperti orang
lain ( mustaqil al-ra'yi ), maka kita turut menanggung risiko orang
tidak dapat memahami pemikiran kita
Justeru, ramai genius yang takut untuk menyebarkan ideanya di tengah-tengah masyarakat kerana tekanan sosial yang dihadapinya
^_^
P/s : Menjadi genius tidak semestinya menjadi satu kelebihan,
barangkali ia menjadi suatu bebanan. Justeru, bersyukurlah kepada Allah
jika anda seorang yang genius
Isnin, 2 Julai 2012
Antara Teks Dan Konteks
Setiap ayat mempunyai teks dan konteks yang tersendiri
Terlalu berpegang kepada teks dengan meninggalkan konteks --> Literal
...
Terlalu mendahulukan konteks dan meninggalkan teks --> Liberal
Semua keadaan ingin berada di tengah-tengah antara teks dan konteks -->Plural
Secara umum, kita perlu memerhatikan teks dan konteks. Namun tidaklah setiap keadaan, setiap permasalahan, kita perlu berada di tengah-tengah. Adakalanya kita perlu mendahulukan teks dari konteks. Adakalanya kita perlu mendahulukan konteks dari teks.
Permasalahan yang berbeza, mungkin memerlukan penyelesaian yang sama. Namun tidak jarang juga permasalahan yang sama, tetapi memerlukan penyelesaian yang berbeza.
Maka di sinilah terletaknya kefaqihan seseorang untuk menentukan jalan penyelesaian yang lebih sesuai dengan permasalahan yang dihadapi
^_^
Rabu, 23 Mei 2012
Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan
Konvensyen Fiqh Ummah kini kembali. Program yang menampilkan ilmuwan-ilmuwan terkemuka di tanah air ini akan dianjurkan di kawasan selatan tanah air pula atas permintaan ramai. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web berikut : Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan
Mari kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini !
^_^
Khamis, 17 Mei 2012
City vs United : Suatu Analisis Daripada Perspektif Motivasi Islam
Suasana kelihatan cemas. Wajah-wajah yang menatap skrin tv itu kelihatan gelisah. Sesekali jeritan bergema apabila ada aksi-aksi menarik dipertontonkan oleh para pemain. Kedai-kedai mamak yang beroperasi 24 jam penuh dengan kelibat yang rata-ratanya berpakaian warna merah dan biru.
Begitulah kira-kiranya situasi pada 13 May 2012 yang lalu. Sebaik sahaja perlawanan di antara Manchester United dengan Sunderland berakhir, United berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan bersedia untuk meraih gelaran juara buat kali yang ke-20, 12 kali dijulang dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.
Sementara itu, beberapa kilometer dari Stadium Old Trafford, perlawanan di antara Manchester City dan Queen Park Rangers masih belum berakhir. Perlawanan sedang memasuki masa tambahan dengan kedudukan terikat 2-2. Suasana kelihatan muram. Namun para pemain Manchester City masih terus berjuang di tengah padang..
Dan apabila Sergio Aguero meledakkan jaringan kemenangan di minit-minit terakhir perlawanan, seluruh stadium bergema. Manchester City akhirnya bergelar juara setelah menunggu selama 44 tahun ! Ternyata bola itu bulat ( sebenarnya berbentuk sfera )
Rabu, 16 Mei 2012
Wira Yang Tidak Terdendang
Secebis...
Ilmu yang yang dikau curahkan
Menjadi sumbu pelita kebenaran
Yang menerangi kegelapan
Di hati seorang murid yang dahagakan ilmu pengetahuan
Secangkir...
Didikan yang dikau terapkan
Menjadi lenturan si rebung yang kecil
Hingga teguh menongkat bumi dengan perkasa
Segudang...
Pengetahuan yang dikau ajarkan
Menjadi penyuluh sanubari yang terlena
Hingga terjaga dari kealpaan dunia
Ahad, 13 Mei 2012
Lentera Kasih Yang Beradu
Tanda lahirnya seorang insan
Terpancar sinar kebahagiaan
Dengan harapan berkalung impian
Seorang anak yang telah dilahirkan
Kan menjadi penyeri bahtera pelayaran
Tatkala bertatih sebelum berlari
Senyum si ibu keriangan di hati
Menatap wajah anak yang dicintai
Hilang segala dukanya di hati
Petah bibir menutur bicara
Kalimah pertama dilafaz sempurna
Ibu... Ibu...
Rabu, 2 Mei 2012
Johan, Zizan Dan Dakwah
Johan dan Zizan adalah dua nama yang tidak asing lagi dalam arena seni tanah air. Pasangan yang sering dikenali dengan nama Jozan ini adalah merupakan antara bintang yang menyinar dalam bidang hiburan di negara kita. Semenjak tampil sebagai finalis dalam Raja Lawak Musim Pertama, nama mereka semakin gah dan sering menjadi sebutan peminat gara-gara kelucuan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika kedua-duanya mengungguli bidang masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Johan, atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim bin Mohd. Aziz telah memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular yang telah dimenangi oleh Zizan pada tahun sebelumnya. Zizan walau bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong kerana pulang dengan trofi Pengacara Tv Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi oleh Aznil Hj. Nawawi selama 8 tahun berturut-turut.
Khamis, 26 April 2012
Takbir Untuk Najihah
Sayup-sayup terdengar suara azan maghrib berkumandang di angkasa raya. Izzatun Najihah mengambil sebiji kurma ajwah yang telah disimpan dalam bekas makanan sebagai santapan berbuka puasanya pada hari ini. Sambil menyuakan kurma itu ke bibirnya, perlahan dia melafazkan doa yang diajar oleh junjungan Baginda s.a.w. :
Ø°َÙ‡َبَ
الظَّÙ…َØ£ُ ÙˆَابْتَÙ„َّتِ الْعُرُوقُ ÙˆَØ«َبَتَ الأَجْرُ Ø¥ِÙ†ْ Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ
Ertinya
:
Kehausan telah hilang, kerongkong telah dibasahi
dan ganjaran pahala telah menanti Insya Allah.
“Doa
ini dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abi Daud, bab al-Qaul ‘Inda Iftar.
Sanadnya sahih menurut Imam Daruquthni,”. Demikian kata guru hadisnya,
Ustaz Furqan di universiti tempat dia menadah ilmu dahulu.
Meskipun universiti yang terletak di utara tanah air tersebut tidaklah
segah mana, namun dia tetap bersyukur kerana di situlah dia berjaya
mengenggam segulung Ijazah dalam bidang Tahfiz wal Syariah dengan
kepujian kelas pertama.
Ahad, 22 April 2012
Dalam Hati Ada Funfair
Cinta adalah fitrah kepada setiap insan yang normal. Sudah lumrah setiap insan, ingin menyayangi dan disayangi. Baik anak muda yang baru melangkah ke menara gading, mahu pun si fulan yang tinggal nun di hujung desa, keinginan untuk memiliki pasangan pasti pernah terlintas biar pun sesaat cuma.
Cinta yang hakiki, yang tiada duanya, adalah cinta kepada Sang Pencipta yang telah menjadikan insan dengan sebaik-baik kejadian. Tidaklah dijadikan segala jin dan manusia, melainkan untuk pengabdian diri kepada Yang Maha Esa semata-mata
Cinta yang sejati, adalah cinta kepada Nabi dan Rasul-Nya. Dengan hasil jerih-perih merekalah kita berpeluang mengecap nikmat Islam di hari muka.
Maka siapakah pemilik cinta kita selepas Allah dan Rasul?
Pintu Yang Berkunci Itu
Rahman : Assalamualaikum w.b.t. Tolong buka pintu ini? Saya dah pulang
Abu : Waalaikummussalam w.b.t. Silalah masuk
Rahman :
Bagaimana saya boleh masuk jika kamu tidak membuka pintunya??
Abu : Dan bagaimana pula saya dapat membuka pintu ini untuk kamu jika
saya tidak memiliki kuncinya??
Anekdot di atas adalah cerita
rekaan semata-mata. Ya, biasanya untuk memasuki sebuah rumah kita akan
masuk melalui pintunya ( kecuali anda ada hobi untuk masuk ke dalam
rumah melalui tingkap ). Dan untuk membuka pintu itu, kita memerlukan
kuncinya ( kecuali pintu anda jenis automatik, itu pun masih memerlukan
kepada sebuah sistem berkomputer untuk mengendalikannya )
Sabtu, 21 April 2012
Wang, Anda Dan Islam
Buku ini adalah hasil nukilan tokoh yang
tidak asing lagi di
negara kita iaitu Al-Fadhil Dr Zaharuddin Abd Rahman Hafizahullah.
Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan
Islam. Dr Zaharuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin
dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, dan
Doktor Falsafah dalam Syariah And Islamic Finance dari Universiti of Wales
Jumaat, 20 April 2012
Fiqh Al-AKhlaq Wa Tazkiyyah An-Nafs 1
Coretan santai dari menara gading
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa
Begitulah indahnya
bidalan ( ke peribahasa? hentam sajalah labu ) orang-orang tua di zaman
dahulu bagi mengungkapkan keindahan budi pekerti. Tutur kata yang penuh
hemah dan disulami dengan tingkah laku yang penuh hikmah menjadi
'perhiasan' yang meniti di bibir-bibir manusia.
Akhlaq, mudah
untuk disebut, perit untuk disahut. Semudah mengucapnya, namun payah
diungkap dalam kehidupan realiti. Malah diri yang menulis ini juga
tidaklah sempurna peribadinya.
Tazkiyyah An-Nafs, secara mudah
diertikan dengan penyucian jiwa. Bagaimana menyucikan jiwa? Mungkin itu
persolan yang bermain di minda setiap orang yang inginkan keredhaan
Ilahi.
Justeru, apa kaitan akhlaq dan tazkiyyah an-nafs?
Senja Berlabuh Di Hening Ramadhan
Tika...
Sang suria di ufuk timur,
Memancarkan kemilaunya di dada langit,
Dan sang camar berkicauan menyanyikan lagu rindu,
Ombak pula menderu di pesisiran pantai,
Suara alam bagaikan menyatu,
Menyambut Ramadhan dengan keinsafan.
Dan...
Insan dengan pelbagai ragamnya,
Terkadang terleka dengan permainan dunia.
Sesungguhnya...
Tiada yang sempurna di dunia yang fana ini,
Selain sang Pencipta yang Maha Esa,
Selagi manusia bergelar manusia,
Pasti di sana ada khilafnya.
Khamis, 19 April 2012
Member Yang Bergelar Sahabat
Dalam perjalanan menempuh kehidupan seharian, nescaya hidup ini akan kesunyian tanpa teman. Jerih perih kehidupan ini umpama minuman tidak berperisa, tawar tanpa rasa. Mujurlahlah kita tidak bersendirian, kerana kita masih punya sahabat yang sanggup menemani kita bersama-sama meladeni ranjau yang menanti.
Langgan:
Catatan (Atom)