Ahad, 17 Mac 2013

Dakwah Hati Ke Hati





“Ustaz, saya susah hati. Bagaimanakah cara untuk menggembirakannya kembali?” soal seorang pelajar wanita tingkatan 5 kepada gurunya.

“Tuan, masalah saya ini berat. Adakah di sana jalan penyelesaiannya?” keluh seorang lelaki muda kepada kaunselor yang ditemuinya.

Masalah hati…

Mencari-cari penawar kepada kegelisahan yang melanda jiwa…

Keluhan demi keluhan diluahkan oleh insan yang cuba mengisi kekosongan yang dirasakan di dalam dirinya.

Khamis, 3 Januari 2013

Hanya 5 Minit...



Di sebuah taman permainan, seorang bapa sedang menemani anak kecilnya yang sedang bermain-main.

Anak kecil itu begitu asyik bermain-main seorang diri sambil si ayah memerhatikan sahaja dari jauh.

Sesekali si anak itu terjatuh, tetapi dia berusaha untuk bangun sendiri.