Rabu, 23 Mei 2012

Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan




Konvensyen Fiqh Ummah kini kembali. Program yang menampilkan ilmuwan-ilmuwan terkemuka di tanah air ini akan dianjurkan di kawasan selatan tanah air pula atas permintaan ramai. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web berikut  : Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan

Mari kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini !

^_^

Khamis, 17 Mei 2012

City vs United : Suatu Analisis Daripada Perspektif Motivasi Islam



Suasana kelihatan cemas. Wajah-wajah yang menatap skrin tv itu kelihatan gelisah. Sesekali jeritan bergema apabila ada aksi-aksi menarik dipertontonkan oleh para pemain. Kedai-kedai mamak yang beroperasi 24 jam penuh dengan kelibat yang rata-ratanya berpakaian warna merah dan biru.

Begitulah kira-kiranya situasi pada 13 May 2012 yang lalu. Sebaik sahaja perlawanan di antara Manchester United dengan Sunderland berakhir, United berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan bersedia untuk meraih gelaran juara buat kali yang ke-20, 12 kali dijulang dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Sementara itu, beberapa kilometer dari Stadium Old Trafford, perlawanan di antara Manchester City dan Queen Park Rangers masih belum berakhir. Perlawanan sedang memasuki masa tambahan dengan kedudukan terikat 2-2. Suasana kelihatan muram. Namun para pemain Manchester City masih terus berjuang di tengah padang..

Dan apabila Sergio Aguero meledakkan jaringan kemenangan di minit-minit terakhir perlawanan, seluruh stadium bergema. Manchester City akhirnya bergelar juara setelah menunggu selama 44 tahun ! Ternyata bola itu bulat ( sebenarnya berbentuk sfera )

Rabu, 16 Mei 2012

Wira Yang Tidak Terdendang




Secebis...

Ilmu yang yang dikau curahkan
Menjadi sumbu pelita kebenaran
Yang menerangi kegelapan
Di hati seorang murid yang dahagakan ilmu pengetahuan

Secangkir...

Didikan yang dikau terapkan
Menjadi lenturan si rebung yang kecil
Hingga teguh menongkat bumi dengan perkasa

Segudang...

Pengetahuan yang dikau ajarkan
Menjadi penyuluh sanubari yang terlena
Hingga terjaga dari kealpaan dunia

Ahad, 13 Mei 2012

Lentera Kasih Yang Beradu





Saat tangisan memecah keheningan
Tanda lahirnya seorang insan
Terpancar sinar kebahagiaan
Dengan harapan berkalung impian
Seorang anak yang telah dilahirkan
Kan menjadi penyeri bahtera pelayaran

Tatkala bertatih sebelum berlari
Senyum si ibu keriangan di hati
Menatap wajah anak yang dicintai
Hilang segala dukanya di hati

Petah bibir menutur bicara
Kalimah pertama dilafaz sempurna

Ibu... Ibu...

Rabu, 2 Mei 2012

Johan, Zizan Dan Dakwah



Johan dan Zizan adalah dua nama yang tidak asing lagi dalam arena seni tanah air. Pasangan yang sering dikenali dengan nama Jozan ini adalah merupakan antara bintang yang menyinar dalam bidang hiburan di negara kita. Semenjak tampil sebagai finalis dalam Raja Lawak Musim Pertama, nama mereka semakin gah dan sering menjadi sebutan peminat gara-gara kelucuan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika kedua-duanya mengungguli bidang masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Johan, atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim bin Mohd. Aziz telah memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular yang telah dimenangi oleh Zizan pada tahun sebelumnya. Zizan walau bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong kerana pulang dengan trofi Pengacara Tv Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi oleh Aznil Hj. Nawawi selama 8 tahun berturut-turut.