Rabu, 26 September 2012

Hanya Tiga Tiga Sekupang ( Episod 1 )







Di dalam sebuah kedai telefon, terdapat masyarakat telefon yang hidup aman damai antara satu sama lain.

Setiap telefon di situ berbeza-beza asal usulnya.

Ada yang berasal dari keluarga NOKIA, ada yang berasal dari keluarga SAMSUNG, ada yang berasal dari keluarga APPLE dan sebagainya.

Di antara telefon-telefon itu, ada sejenis telefon yang bernama 3310 dari keluarga Nokia.

3310 sering berasa rendah hati kerana keadaan dirinya yang serba kekurangan.

Dia tidak mampu mengambil gambar yang indah untuk bakal tuannya yang akan membelinya, tidak juga dia memiliki talian internet untuk disambungkan.

Pendek kata, dirinya tidak setanding dengan rakan-rakannya seperti Galaxy Tab dari keluarga SAMSUNG atau I-Phone 5 dari keluarga APPLE yang lebih berada.

3310 berasa sedih dengan kedhaifan dirinya itu.

"Masih adakah yang sudi untuk memilikiku nanti? Dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini? " itulah monolog yang sering difikirkan oleh 3310 setiap hari.

Selasa, 4 September 2012

Mengurus Tekanan




1. Ramai orang tidak suka tekanan ( stress )

2. Tekanan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan gelisah

3. Tetapi tekanan ada sudut positifnya

Tips Merawat Hati

1. Sering menginsafi kesilapan-kesilapan yang lalu

2. Perbanyakan berzikir dengan zikir-zikir yang sahih

Ahad, 2 September 2012

Panduan Menyambung Pengajian Di Peringkat Sarjana Atau PhD






1. Pertama sekali tentukan apakah keutamaan kita sebelum menyambung pengajian

2. Renungkan adakah keutamaan kita adalah untuk menyambung pengajian? Atau keutamaan kita sekarang adalah bekerja? Atau pun mungkin untuk membina rumah tangga?

Sistem Pendidikan Konvensional : Antara Taqlid Dan Tajdid




1. Dalam memperkatakan sistem pendidikan dewasa ini, terdapat beberapa golongan

2. Golongan pertama amat menyanjung tinggi sistem pendidikan konvensional hari ini

3. Mereka selesa dengan sistem pendidikan yang ada sehingga menganggap nilai kehidupan seseorang itu terletak pada sehelai kertas yang menandakan kelulusan kita

Sabtu, 1 September 2012

E-Book Percuma Himpunan Ayat-Ayat Pilihan Dalam Al-Quran






E-Book ini mengandungi himpunan ayat-ayat Al-Quran yang sering dijadikan doa dan wirid harian.

Buat permulaan, ayat-ayat yang dikumpulkan terdiri daripada Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah.

Dipersilakan untuk membaca atau mendownload e-book ini secara percuma di link berikut :



Petua Menguatkan Ingatan






1. Mohon kepada Allah agar diberi ingatan yang kuat

2. Amalkan pemakanan yang boleh membantu menguatkan ingatan seperti kismis dan badam

3. Gunakan peta minda dalam membuat nota

Teknik Berdakwah Secara Efektif






1. Pelbagaikan medium dakwah. Gunakan teknologi moden seperti Facebook, Youtube dan sebagainya

2. Mulakan dengan memperbaiki diri sendiri dan ahli keluarga terdekat terlebih dahulu

3. Pelajari ilmu berkomunikasi secara berkesan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Belajar Cara Gangnam Style




Teknik Memahami Pelajaran Gaya Hero







1. Ikhlaskan niat kerana Allah

2. Berdoa kepada Allah agar diberi daya ingatan yang kuat

3. Gunakan teknik SQ3R

Asas Takhrij Hadis Dalam 5 Minit







1. Takhrij secara bahasa bererti mengeluarkan

2. Secara istilah, takhrij adalah mengembalikan hadis itu kepada sumber asalnya yang disertakan dengan sanad, serta menjelaskan kedudukannya ketika perlu [ Mahmud At-Tohhan, Usul At-Takhrij Wa Dirasah Al-Asanid, ( Beirut : Dar Al-Quran Wa Al-Karim, 1979 ) Cetakan Kedua, hlm 9 ]

Khamis, 30 Ogos 2012

Teknik Mengubah Hobi Menjadi Kerjaya Dengan Plan A Dan Plan B



1. Kita akan berasa seronok apabila melakukan sesuatu yang kita suka

2. Setiap orang mempunyai hobi mereka yang tersendiri

3. Kita tidak berasa seronok melakukan sesuatu pekerjaan kerana kita berasa terpaksa

Teknik Mengkhatamkan Bacaan Hadis 40 Dalam Masa 210 Minit





1. Hadis 40 karya Imam An-Nawawi rahimahullah ( wafat 676 H ) mengandungi 42 buah hadis

2. Secara purata, masa untuk membaca sanad dan matan 1 hadis dalam kitab ini hanya mengambil masa 5 minit

3. Peruntukan masa : 42 x 5 = 210 minit = 3 jam 30 minit

Rabu, 29 Ogos 2012

Kaedah Hafazan Gaya Tikrar




1. Ada banyak kaedah dan gaya untuk menghafaz al quran

2. Antara yang popular adalah kaedah tikrar

3. Caranya, setkan muka surat mana yang ingin dihafaz terlebih dahulu

4. Satu muka surat sudah memadai buat permulaan untuk dihafaz

Teknik Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari Secara Santai




1. Al-Quran mengandungi 30 Juzuk dan 240 maqra'

2. Satu juzuk = 8 maqra'

3. Baca 1 juzuk secara 'chunking' ( mengagihkan bacaan )

4. Teknik pertama

- Baca 2 maqra' setiap kali solat fardhu sehari semalam

- Hasilnya, sehari = 10 maqra'

- 24 hari = 30 Juzuk + 6 hari waktu rehat sebelum mengkhatamkan Al-Quran lagi

5. Teknik kedua


 - Baca 8 maqra' sehari setiap kali waktu solat

- Peruntukkan 1 waktu solat untuk rehat

- Hasilnya, sehari = 8 maqra' + 1 waktu rehat

- 30 hari = 240 maqra' = 30 Juzuk
 
 

 Selamat mencuba

^_^
 


Tips Menghafaz Al Quran Cara Mudah Bagi Orang Yang Sibuk



1. Luruskan niat untuk menghafaz kerana Allah

2. Mulakan dengan menghafaz surah-surah lazim dalam Juzuk 30 bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas

Rahsia Naik Pangkat




 1. Ramai orang yang menyangka apabila kita telah lama berkhidmat, maka peluang kita untuk naik pangkat adalah lebih cerah

2. Sangkaan ini ada benarnya, namun hal ini hanya faktor kecil

3. Justeru ramai yang tidak berpuas hati apabila ada orang baru yang dilantik ke jawatan lebih tinggi sedangkan kita sebagai orang lama tidak dilantik ke jawatan tersebut

Tips Untuk Menyebarkan Hadis


1. Apabila ingin post sesuatu tentang hadis, semak dahulu statusnya sama ada sahih, hasan, dhaif khafif ( dhaif yang ringan ), dhaif jiddan ( sangat dhaif ), atau maudhu' ( palsu )

2. Hadis-hadis yang sahih dan hasan boleh disebarkan

Isnin, 30 Julai 2012

Tips Berdoa

 
Ringkasan 10 Tips berdoa menurut pandangan Imam Al-Ghazali ( w. 505 H ) rahimahullah dalam Kitab Ihya' Ulum Ad-Din :

1. Memilih waktu-waktu yang mulia untuk berdoa seperti Hari Arafah, hari-hari dalam bulan Ramadhan, waktu sahur dan sebagainya

2. Berdoa dalam keadaan khusus seperti ketika bersujud atau ketika turunnya hujan

3. Menghadap kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan

Rabu, 25 Julai 2012

Facebook Dan Psikologi

 
 
Corak penggunaan facebook kita menggambarkan psikologi diri seseorang. Berikut adalah dapatan kajian dari segi psikologi yang saya jalankan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya bersifat umum dan hanya mewakili sebahagian realiti sahaja. Ia terdedah kepada kepelbagaian pandangan

Selasa, 17 Julai 2012

Genius & Risiko



Seseorang yang berfikir melangkaui zaman, akan ditolak di zamannya. Lihatlah apa yang terjadi kepada Imam Al-Bukhari rahimahullah yang dipulaukan semasa hidupnya, namun dikenang selepas beliau tiada. Jika kita membaca sirah beliau, nescaya menitis air mata mengenangkan nasib yang menimpa beliau di akhir hayatnya

Galileo Galilei yang mengemukakan teori heliosentriks, ditentang habis-habisan semasa beliau masih hidup, sebelum teori beliau dapat diterima beberapa ratus tahun selepas kematiannya

Genius datang bersama risiko. Apabila kita berfikir tidak seperti orang lain ( mustaqil al-ra'yi ), maka kita turut menanggung risiko orang tidak dapat memahami pemikiran kita

Justeru, ramai genius yang takut untuk menyebarkan ideanya di tengah-tengah masyarakat kerana tekanan sosial yang dihadapinya

^_^

P/s : Menjadi genius tidak semestinya menjadi satu kelebihan, barangkali ia menjadi suatu bebanan. Justeru, bersyukurlah kepada Allah jika anda seorang yang genius



Isnin, 2 Julai 2012

Idea & Kumbang Bumble Bee



Para saintis dari dahulu sibuk berdebat mengapa kumbang bumble bee tidak sepatutnya boleh terbang.
Mereka memberikan bermacam-macam alasan dan justifikasi mengapa usaha tersebut tidak akan berjaya.

Antara Teks Dan Konteks


 
 

Setiap ayat mempunyai teks dan konteks yang tersendiri

Terlalu berpegang kepada teks dengan meninggalkan konteks --> Literal
...
Terlalu mendahulukan konteks dan meninggalkan teks --> Liberal

Semua keadaan ingin berada di tengah-tengah antara teks dan konteks -->Plural

Secara umum, kita perlu memerhatikan teks dan konteks. Namun tidaklah setiap keadaan, setiap permasalahan, kita perlu berada di tengah-tengah. Adakalanya kita perlu mendahulukan teks dari konteks. Adakalanya kita perlu mendahulukan konteks dari teks.

Permasalahan yang berbeza, mungkin memerlukan penyelesaian yang sama. Namun tidak jarang juga permasalahan yang sama, tetapi memerlukan penyelesaian yang berbeza.

Maka di sinilah terletaknya kefaqihan seseorang untuk menentukan jalan penyelesaian yang lebih sesuai dengan permasalahan yang dihadapi

^_^
 
 

Manhaj Berinteraksi Dengan Kayu Pemikiran





Kayu orang lain bengkok, tidak bermakna kayu kita secara automatik menjadi lurus

Kayu kita lurus, tidak bermakna secara automatik kayu orang lain bengkok

Rabu, 23 Mei 2012

Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan




Konvensyen Fiqh Ummah kini kembali. Program yang menampilkan ilmuwan-ilmuwan terkemuka di tanah air ini akan dianjurkan di kawasan selatan tanah air pula atas permintaan ramai. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web berikut  : Konvensyen Fiqh Ummah Edisi Selatan

Mari kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini !

^_^

Khamis, 17 Mei 2012

City vs United : Suatu Analisis Daripada Perspektif Motivasi Islam



Suasana kelihatan cemas. Wajah-wajah yang menatap skrin tv itu kelihatan gelisah. Sesekali jeritan bergema apabila ada aksi-aksi menarik dipertontonkan oleh para pemain. Kedai-kedai mamak yang beroperasi 24 jam penuh dengan kelibat yang rata-ratanya berpakaian warna merah dan biru.

Begitulah kira-kiranya situasi pada 13 May 2012 yang lalu. Sebaik sahaja perlawanan di antara Manchester United dengan Sunderland berakhir, United berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan bersedia untuk meraih gelaran juara buat kali yang ke-20, 12 kali dijulang dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Sementara itu, beberapa kilometer dari Stadium Old Trafford, perlawanan di antara Manchester City dan Queen Park Rangers masih belum berakhir. Perlawanan sedang memasuki masa tambahan dengan kedudukan terikat 2-2. Suasana kelihatan muram. Namun para pemain Manchester City masih terus berjuang di tengah padang..

Dan apabila Sergio Aguero meledakkan jaringan kemenangan di minit-minit terakhir perlawanan, seluruh stadium bergema. Manchester City akhirnya bergelar juara setelah menunggu selama 44 tahun ! Ternyata bola itu bulat ( sebenarnya berbentuk sfera )

Rabu, 16 Mei 2012

Wira Yang Tidak Terdendang




Secebis...

Ilmu yang yang dikau curahkan
Menjadi sumbu pelita kebenaran
Yang menerangi kegelapan
Di hati seorang murid yang dahagakan ilmu pengetahuan

Secangkir...

Didikan yang dikau terapkan
Menjadi lenturan si rebung yang kecil
Hingga teguh menongkat bumi dengan perkasa

Segudang...

Pengetahuan yang dikau ajarkan
Menjadi penyuluh sanubari yang terlena
Hingga terjaga dari kealpaan dunia

Ahad, 13 Mei 2012

Lentera Kasih Yang Beradu





Saat tangisan memecah keheningan
Tanda lahirnya seorang insan
Terpancar sinar kebahagiaan
Dengan harapan berkalung impian
Seorang anak yang telah dilahirkan
Kan menjadi penyeri bahtera pelayaran

Tatkala bertatih sebelum berlari
Senyum si ibu keriangan di hati
Menatap wajah anak yang dicintai
Hilang segala dukanya di hati

Petah bibir menutur bicara
Kalimah pertama dilafaz sempurna

Ibu... Ibu...

Rabu, 2 Mei 2012

Johan, Zizan Dan Dakwah



Johan dan Zizan adalah dua nama yang tidak asing lagi dalam arena seni tanah air. Pasangan yang sering dikenali dengan nama Jozan ini adalah merupakan antara bintang yang menyinar dalam bidang hiburan di negara kita. Semenjak tampil sebagai finalis dalam Raja Lawak Musim Pertama, nama mereka semakin gah dan sering menjadi sebutan peminat gara-gara kelucuan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika kedua-duanya mengungguli bidang masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Johan, atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim bin Mohd. Aziz telah memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular yang telah dimenangi oleh Zizan pada tahun sebelumnya. Zizan walau bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong kerana pulang dengan trofi Pengacara Tv Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi oleh Aznil Hj. Nawawi selama 8 tahun berturut-turut.

Khamis, 26 April 2012

Takbir Untuk Najihah


Sayup-sayup terdengar suara azan maghrib berkumandang di angkasa raya. Izzatun Najihah mengambil sebiji kurma ajwah yang telah disimpan dalam bekas makanan sebagai santapan berbuka puasanya pada hari ini. Sambil menyuakan kurma itu ke bibirnya, perlahan dia melafazkan doa yang diajar oleh junjungan Baginda s.a.w. :

Ø°َÙ‡َبَ الظَّÙ…َØ£ُ ÙˆَابْتَÙ„َّتِ الْعُرُوقُ ÙˆَØ«َبَتَ الأَجْرُ Ø¥ِÙ†ْ Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ

Ertinya :

Kehausan telah hilang, kerongkong telah dibasahi dan ganjaran pahala telah menanti Insya Allah.

“Doa ini dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abi Daud, bab al-Qaul ‘Inda Iftar. Sanadnya sahih menurut Imam Daruquthni,”.  Demikian kata guru hadisnya, Ustaz Furqan di universiti tempat dia menadah ilmu dahulu.

    Meskipun universiti yang terletak di utara tanah air tersebut tidaklah segah mana, namun dia tetap bersyukur kerana di situlah dia berjaya  mengenggam segulung Ijazah dalam bidang Tahfiz wal Syariah dengan kepujian kelas pertama.

Ahad, 22 April 2012

Dalam Hati Ada Funfair





Cinta adalah fitrah kepada setiap insan yang normal. Sudah lumrah setiap insan, ingin menyayangi dan disayangi. Baik anak muda yang baru melangkah ke menara gading, mahu pun si fulan yang tinggal nun di hujung desa, keinginan untuk memiliki pasangan pasti pernah terlintas biar pun sesaat cuma.

Cinta yang hakiki, yang tiada duanya, adalah cinta kepada Sang Pencipta yang telah menjadikan insan dengan sebaik-baik kejadian. Tidaklah dijadikan segala jin dan manusia, melainkan untuk pengabdian diri kepada Yang Maha Esa semata-mata

Cinta yang sejati, adalah cinta kepada Nabi dan Rasul-Nya. Dengan hasil jerih-perih merekalah kita berpeluang mengecap nikmat Islam di hari muka.

Maka siapakah pemilik cinta kita selepas Allah dan Rasul?

Pintu Yang Berkunci Itu



 
Rahman : Assalamualaikum w.b.t. Tolong buka pintu ini? Saya dah pulang 
Abu : Waalaikummussalam w.b.t. Silalah masuk

Rahman : Bagaimana saya boleh masuk jika kamu tidak membuka pintunya??

Abu : Dan bagaimana pula saya dapat membuka pintu ini untuk kamu jika saya tidak memiliki kuncinya??

Anekdot di atas adalah cerita rekaan semata-mata. Ya, biasanya untuk memasuki sebuah rumah kita akan masuk melalui pintunya ( kecuali anda ada hobi untuk masuk ke dalam rumah melalui tingkap ). Dan untuk membuka pintu itu, kita memerlukan kuncinya ( kecuali pintu anda jenis automatik, itu pun masih memerlukan kepada sebuah sistem berkomputer untuk mengendalikannya )

Sabtu, 21 April 2012

Wang, Anda Dan Islam












Buku ini adalah hasil nukilan tokoh yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Al-Fadhil Dr Zaharuddin Abd Rahman Hafizahullah. Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam. Dr Zaharuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, dan Doktor Falsafah dalam Syariah And Islamic Finance dari Universiti of Wales

Jumaat, 20 April 2012

Fiqh Al-AKhlaq Wa Tazkiyyah An-Nafs 1


Coretan santai dari menara gading

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga 
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa

Begitulah indahnya bidalan ( ke peribahasa? hentam sajalah labu ) orang-orang tua di zaman dahulu bagi mengungkapkan keindahan budi pekerti. Tutur kata yang penuh hemah dan disulami dengan tingkah laku yang penuh hikmah menjadi 'perhiasan' yang meniti di bibir-bibir manusia.

Akhlaq, mudah untuk disebut, perit untuk disahut. Semudah mengucapnya, namun payah diungkap dalam kehidupan realiti. Malah diri yang menulis ini juga tidaklah sempurna peribadinya.

Tazkiyyah An-Nafs, secara mudah diertikan dengan penyucian jiwa. Bagaimana menyucikan jiwa? Mungkin itu persolan yang bermain di minda setiap orang yang inginkan keredhaan Ilahi.

Justeru, apa kaitan akhlaq dan tazkiyyah an-nafs?

Senja Berlabuh Di Hening Ramadhan




Tika...

Sang suria di ufuk timur,
Memancarkan kemilaunya di dada langit,
Dan sang camar berkicauan menyanyikan lagu rindu,
Ombak pula menderu di pesisiran pantai,
Suara alam bagaikan menyatu,
Menyambut Ramadhan dengan keinsafan.

Dan...
Insan dengan pelbagai ragamnya,
Terkadang terleka dengan permainan dunia.

Sesungguhnya...

Tiada yang sempurna di dunia yang fana ini,
Selain sang Pencipta yang Maha Esa,
Selagi manusia bergelar manusia,
Pasti di sana ada khilafnya.

Khamis, 19 April 2012

Member Yang Bergelar Sahabat



Dalam perjalanan menempuh kehidupan seharian, nescaya hidup ini akan kesunyian tanpa teman. Jerih perih kehidupan ini umpama minuman tidak berperisa, tawar tanpa rasa. Mujurlahlah kita tidak bersendirian, kerana kita masih punya sahabat yang sanggup menemani kita bersama-sama meladeni ranjau yang menanti.

Rindu Di Bawah Langit Lazuardi



Jauh sudah kehidupan ini direntasi
Sehingga tidak terasa detik yang berlalu pergi
Akhirnya terpana diri ini terhenti
Menoleh ke belakang menghimbau diri
Saat dilihat catatan diari
Banyak coretan di sana sini
Pahala dan dosa silih berganti
Sampai bilakah harus begini?