Rabu, 29 Ogos 2012

Kaedah Hafazan Gaya Tikrar




1. Ada banyak kaedah dan gaya untuk menghafaz al quran

2. Antara yang popular adalah kaedah tikrar

3. Caranya, setkan muka surat mana yang ingin dihafaz terlebih dahulu

4. Satu muka surat sudah memadai buat permulaan untuk dihafaz


5. Baca ayat pertama beberapa kali. Minimum 10 kali

6. Tutup Al-Quran dan cuba hafaz ayat tersebut tanpa melihat mushaf

7. Apabila hafazan sudah lancar, buka mushaf dan hafaz ayat kedua

8. Apabila ayat kedua sudah dihafaz, tutup mushaf. Hafaz ayat pertama dan kedua secara serentak dengan menyambung bacaan diakhir ayat pertama dengan permulaan ayat kedua

9. Kemudian hafaz ayat ketiga. Seterusnya ulang hafazan dari ayat pertama hingga ayat ketiga

10. Teruskan hingga semua ayat dalam halaman tersebut berjaya dihafaz

11. Biasanya 1 jam sudah memadai bagi menghafaz 1 muka surat

Selamat menghafaz

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan