Khamis, 26 April 2012

Takbir Untuk Najihah


Sayup-sayup terdengar suara azan maghrib berkumandang di angkasa raya. Izzatun Najihah mengambil sebiji kurma ajwah yang telah disimpan dalam bekas makanan sebagai santapan berbuka puasanya pada hari ini. Sambil menyuakan kurma itu ke bibirnya, perlahan dia melafazkan doa yang diajar oleh junjungan Baginda s.a.w. :

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Ertinya :

Kehausan telah hilang, kerongkong telah dibasahi dan ganjaran pahala telah menanti Insya Allah.

“Doa ini dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abi Daud, bab al-Qaul ‘Inda Iftar. Sanadnya sahih menurut Imam Daruquthni,”.  Demikian kata guru hadisnya, Ustaz Furqan di universiti tempat dia menadah ilmu dahulu.

    Meskipun universiti yang terletak di utara tanah air tersebut tidaklah segah mana, namun dia tetap bersyukur kerana di situlah dia berjaya  mengenggam segulung Ijazah dalam bidang Tahfiz wal Syariah dengan kepujian kelas pertama.

Ahad, 22 April 2012

Dalam Hati Ada Funfair





Cinta adalah fitrah kepada setiap insan yang normal. Sudah lumrah setiap insan, ingin menyayangi dan disayangi. Baik anak muda yang baru melangkah ke menara gading, mahu pun si fulan yang tinggal nun di hujung desa, keinginan untuk memiliki pasangan pasti pernah terlintas biar pun sesaat cuma.

Cinta yang hakiki, yang tiada duanya, adalah cinta kepada Sang Pencipta yang telah menjadikan insan dengan sebaik-baik kejadian. Tidaklah dijadikan segala jin dan manusia, melainkan untuk pengabdian diri kepada Yang Maha Esa semata-mata

Cinta yang sejati, adalah cinta kepada Nabi dan Rasul-Nya. Dengan hasil jerih-perih merekalah kita berpeluang mengecap nikmat Islam di hari muka.

Maka siapakah pemilik cinta kita selepas Allah dan Rasul?

Pintu Yang Berkunci Itu



 
Rahman : Assalamualaikum w.b.t. Tolong buka pintu ini? Saya dah pulang 
Abu : Waalaikummussalam w.b.t. Silalah masuk

Rahman : Bagaimana saya boleh masuk jika kamu tidak membuka pintunya??

Abu : Dan bagaimana pula saya dapat membuka pintu ini untuk kamu jika saya tidak memiliki kuncinya??

Anekdot di atas adalah cerita rekaan semata-mata. Ya, biasanya untuk memasuki sebuah rumah kita akan masuk melalui pintunya ( kecuali anda ada hobi untuk masuk ke dalam rumah melalui tingkap ). Dan untuk membuka pintu itu, kita memerlukan kuncinya ( kecuali pintu anda jenis automatik, itu pun masih memerlukan kepada sebuah sistem berkomputer untuk mengendalikannya )

Sabtu, 21 April 2012

Wang, Anda Dan Islam












Buku ini adalah hasil nukilan tokoh yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Al-Fadhil Dr Zaharuddin Abd Rahman Hafizahullah. Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam. Dr Zaharuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, dan Doktor Falsafah dalam Syariah And Islamic Finance dari Universiti of Wales

Jumaat, 20 April 2012

Fiqh Al-AKhlaq Wa Tazkiyyah An-Nafs 1


Coretan santai dari menara gading

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga 
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa

Begitulah indahnya bidalan ( ke peribahasa? hentam sajalah labu ) orang-orang tua di zaman dahulu bagi mengungkapkan keindahan budi pekerti. Tutur kata yang penuh hemah dan disulami dengan tingkah laku yang penuh hikmah menjadi 'perhiasan' yang meniti di bibir-bibir manusia.

Akhlaq, mudah untuk disebut, perit untuk disahut. Semudah mengucapnya, namun payah diungkap dalam kehidupan realiti. Malah diri yang menulis ini juga tidaklah sempurna peribadinya.

Tazkiyyah An-Nafs, secara mudah diertikan dengan penyucian jiwa. Bagaimana menyucikan jiwa? Mungkin itu persolan yang bermain di minda setiap orang yang inginkan keredhaan Ilahi.

Justeru, apa kaitan akhlaq dan tazkiyyah an-nafs?

Senja Berlabuh Di Hening Ramadhan




Tika...

Sang suria di ufuk timur,
Memancarkan kemilaunya di dada langit,
Dan sang camar berkicauan menyanyikan lagu rindu,
Ombak pula menderu di pesisiran pantai,
Suara alam bagaikan menyatu,
Menyambut Ramadhan dengan keinsafan.

Dan...
Insan dengan pelbagai ragamnya,
Terkadang terleka dengan permainan dunia.

Sesungguhnya...

Tiada yang sempurna di dunia yang fana ini,
Selain sang Pencipta yang Maha Esa,
Selagi manusia bergelar manusia,
Pasti di sana ada khilafnya.

Khamis, 19 April 2012

Member Yang Bergelar Sahabat



Dalam perjalanan menempuh kehidupan seharian, nescaya hidup ini akan kesunyian tanpa teman. Jerih perih kehidupan ini umpama minuman tidak berperisa, tawar tanpa rasa. Mujurlahlah kita tidak bersendirian, kerana kita masih punya sahabat yang sanggup menemani kita bersama-sama meladeni ranjau yang menanti.

Rindu Di Bawah Langit Lazuardi



Jauh sudah kehidupan ini direntasi
Sehingga tidak terasa detik yang berlalu pergi
Akhirnya terpana diri ini terhenti
Menoleh ke belakang menghimbau diri
Saat dilihat catatan diari
Banyak coretan di sana sini
Pahala dan dosa silih berganti
Sampai bilakah harus begini?