Rabu, 25 Julai 2012

Facebook Dan Psikologi

 
 
Corak penggunaan facebook kita menggambarkan psikologi diri seseorang. Berikut adalah dapatan kajian dari segi psikologi yang saya jalankan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya bersifat umum dan hanya mewakili sebahagian realiti sahaja. Ia terdedah kepada kepelbagaian pandangan


1. Gambar profile

Gambar profile mewakili identiti seseorang Facebooker. Orang yang sering mengubah gambar profilenya, merupakan seorang yang mudah berubah perasaannya dalam sudut-sudut tertentu. Pemilihan gambar profile juga menggambarkan kecenderungan seseorang itu. Seseorang yang menggunakan gambar kucing sebagai gambar profile, mungkin seorang peminat kucing. Gambar profile yang tidak berubah-ubah mewakili dua keadaan. Pertama, seseorang itu mungkin mempunyai pendirian yang tetap. Kedua, dia mungkin merupakan orang yang tidak mengambil kisah tentang imejnya di mata orang lain. Gambar profile yang tidak berubah-ubah adalah suatu bentuk jenama dan memberi keunikan identiti kepada Facebooker.

2. Status

Status yang ditulis menggambarkan aliran pemikiran dan emosi Facebooker. Seseorang yang sedang marah, akan menulis status yang menggambarkan beliau dalam keadaan marah. Pemilihan isu yang ingin ditulis dalam status juga menunjukkan minat seseorang. Seseorang yang berminat dengan politik, akan menulis status yang berkaitan dengan politik. Topik yang tidak ditulis di dalam status menggambarkan ketidakcenderungan Facebooker itu kepada isu tersebut

3. Rakan Facebook

Orang-orang yang diterima sebagai rakan di Facebook sedikit sebanyak menggambarkan peribadi seseorang Facebooker. Ramainya rakan dari golongan berpendidikan agama menggambarkan kecenderungan seseorang itu kepada bidang keagamaan. Kepelbagaian latar belakang rakan di Facebook pula menggambarkan keterbukaan seseorang dalam memilih rakan

Masih banyak lagi aspek psikologi yang boleh disentuh tentang Facebook. Walau bagaimanapun, aktiviti seseorang di Facebook tidak semestinya menggambarkan keperibadian seseorang dalam dunia yang sebenar.

Hasil kajian ini bersifat umum, dan tidak mewakili keseluruhan pengguna Facebook yang ada. Kajian yang lebih baik hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut :

Dapatan kajian + Dapatan luar kajian = Menghampiri fakta sebenar

^_^
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan