Isnin, 30 Julai 2012

Tips Berdoa

 
Ringkasan 10 Tips berdoa menurut pandangan Imam Al-Ghazali ( w. 505 H ) rahimahullah dalam Kitab Ihya' Ulum Ad-Din :

1. Memilih waktu-waktu yang mulia untuk berdoa seperti Hari Arafah, hari-hari dalam bulan Ramadhan, waktu sahur dan sebagainya

2. Berdoa dalam keadaan khusus seperti ketika bersujud atau ketika turunnya hujan

3. Menghadap kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan

4. Menyederhanakan suara ketika berdoa, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan

5. Tidak terlalu bersajak dalam berdoa

6. Merendahkan diri dan khusyuk ketika berdoa disertai perasaan takut dan berharap ( khauf wa raja' )

7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan

8. Mengulangi doanya sekurang-kurangnya 3 kali untuk menunjukkan kesungguhannya

9. Memulai doa dengan memuji Allah s.w.t dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

10. Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa

Jom kita banyakkan berdoa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini

^_^

P/s : Apabila ingin mengkaji Kitab Ihya' Ulum Ad-Din, sebaik-baiknya membaca kitab tersebut yang disertakan bersama takhrij Al-Hafiz Al-Iraqi ( w. 806 H ), guru Ibnu Hajar Al-Asqalani ( w. 852 H )
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan