Ahad, 2 Disember 2012

Maafkan Daku, Gaza






Kata pujangga

Hujan yang turun bagaikan air mata

Namun apabila bumimu dihujani peluru, yang mengalir adalah darah dan luka

Kata ulama

Syahid adalah ungkapan yang mulia

Dan di bumimu entah berapa ramai yang telah meraihnya

Kata kita

Kasihan mereka

Dan hanya itulah lafaznya sebelum kita meneruskan kehidupan seperti biasa

Di bumi ini

Si anak bertanya kepada ayahnya

Bilakah kita akan bercuti dan bergembira?

Di sana

Yang kecil bermandi darah berujar nestapa

Bilakah mereka akan berhenti menzalimi kita?

Yang zalim terus bermaharajalela

Yang rakus terus melakukan semahunya

Dan daku

Hanya mampu menukil puisi

Dari kejauhan tanpa melakukan apa-apa

Maafkan diriku...

Gaza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan