Rabu, 29 Ogos 2012

Tips Untuk Menyebarkan Hadis


1. Apabila ingin post sesuatu tentang hadis, semak dahulu statusnya sama ada sahih, hasan, dhaif khafif ( dhaif yang ringan ), dhaif jiddan ( sangat dhaif ), atau maudhu' ( palsu )

2. Hadis-hadis yang sahih dan hasan boleh disebarkan

3. Sebahagian ulama ( bukan semua ) membenarkan hadis dhaif khafif digunakan dalam fadhail amal dengan diterangkan kedhaifannya. Hadis dhaif khafif tida
k digunakan sebagai hujah dalam menetapkan sesuatu amalan di kalangan jumhur ulama hadis. Hadis jenis ini jika ingin diamalkan hendaklah diamalkan tanpa isbat ( tanpa menyandarkan secara pasti kepada Nabi s.a.w )

4. Hadis-hadis dhaif jiddan dan hadis-hadis maudhu' dilarang untuk disebarkan, apatah lagi untuk diamalkan. Hadis-hadis ini hanya boleh disebarkan untuk memberi tahu bahawa hadis ini tidak boleh diamalkan

5. Cara semak status hadis yang paling mudah bagi orang awam adalah bertanya kepada orang yang belajar dalam bidang hadis secara mendalam

6. Jika berlaku perselisihan pandangan antara dua orang alim tentang status sesuatu hadis, maka pandangan orang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang hadis hendaklah diutamakan

7. Jika kita tidak pasti status sesuatu hadis yang ingin disebarkan, maka perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah jangan menyebarkannya terlebih dahulu selagi kita belum mengetahui statusnya secara pasti

8. Adalah merupakan suatu perkara yang baik jika kita berusaha untuk mempelajari ilmu hadis secara mendalam

Cintai hadis nabi s.a.w !

^_^

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan