Rabu, 29 Ogos 2012

Rahsia Naik Pangkat




 1. Ramai orang yang menyangka apabila kita telah lama berkhidmat, maka peluang kita untuk naik pangkat adalah lebih cerah

2. Sangkaan ini ada benarnya, namun hal ini hanya faktor kecil

3. Justeru ramai yang tidak berpuas hati apabila ada orang baru yang dilantik ke jawatan lebih tinggi sedangkan kita sebagai orang lama tidak dilantik ke jawatan tersebut

4. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang cepat naik pangkat adalah mereka yang berkomunikasi secara efektif

5. Kemahiran berucap secara efektif dan persuasif adalah rahsia terbesar untuk naik pangkat di seluruh dunia jika kita bekerja secara makan gaji

6. Kita mungkin bukan seorang yang rajin, namun jika kita mampu berkomunikasi dengan cara yang betul, kita mampu mempengaruhi orang di sekeliling kita ( terutamanya bos kita yang berkuasa untuk melantik kita ke jawatan yang lebih tinggi )

7. Orang-orang yang mempunyai kemahiran untuk berucap, dianggap sebagai orang yang berkredibiliti tinggi, meskipun persepsi ini tidak sentiasa benar

8. Semakin tinggi kredibiliti kita di mata orang lain, semakin cerah peluang kita untuk naik pangkat

9. Untuk meningkatkan kredibiliti kita, rajin-rajinkan diri untuk mempelajari teknik berkomunikasi secara efektif

^_^
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan