Khamis, 30 Ogos 2012

Teknik Mengubah Hobi Menjadi Kerjaya Dengan Plan A Dan Plan B



1. Kita akan berasa seronok apabila melakukan sesuatu yang kita suka

2. Setiap orang mempunyai hobi mereka yang tersendiri

3. Kita tidak berasa seronok melakukan sesuatu pekerjaan kerana kita berasa terpaksa

4. Antara cara untuk berasa seronok apabila melakukan pekerjaan adalah memilih kerjaya berdasarkan hobi kita. Ini Plan A kita

4. Mula-mula, senaraikan perkara yang kita gemar untuk lakukan iaitu hobi kita

5. Daripada senarai tersebut, pilih satu hobi yang paling kita sukai, iaitu perkara yang kita akan tetap lakukan secara sukarela meskipun tidak dibayar sebarang upah

6. Seseorang yang suka bermain bola misalnya, boleh memilih untuk menjadikan bola sepak sebagai kerjayanya

7. Apabila kita tidak berjaya mendapat pekerjaan yang kita sukai, kita beralih ke Plan B

8. Kita perlu menimbulkan minat terhadap pekerjaan yang kita tidak minat pada asalnya itu

9. Caranya, anggap pekerjaan tersebut sebagai hobi baru kita

10. Jadi kita akan sentiasa berasa seronok setiap kali bekerja kerana pekerjaan itu kini merupakan sebuah hobi

11. Apa pun keadaannya, terapkan pemikiran positif dalam kehidupan

^_^

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan