Khamis, 30 Ogos 2012

Teknik Mengkhatamkan Bacaan Hadis 40 Dalam Masa 210 Minit





1. Hadis 40 karya Imam An-Nawawi rahimahullah ( wafat 676 H ) mengandungi 42 buah hadis

2. Secara purata, masa untuk membaca sanad dan matan 1 hadis dalam kitab ini hanya mengambil masa 5 minit

3. Peruntukan masa : 42 x 5 = 210 minit = 3 jam 30 minit

4. Sekali lagi kita gunakan kaedah chunking ( mengagihkan ) setiap kali waktu solat fardhu

5. Baca 3 buah hadis setiap kali waktu solat = 15 minit

6. Jadi, sehari = 15 buah hadis = 75 minit = 1 jam 15 minit

7. Jadi, hari pertama dan hari kedua kita baca 15 buah hadis setiap hari = 30 buah hadis = 2 jam 30 minit

8. Hari ketiga kita cuma perlu membaca sebanyak 12 buah hadis sahaja = 60 minit = 1 jam

9. Jumlah akhir : 3 hari = 42 buah hadis + 1 waktu rehat

10 . Teknik ini adalah untuk mengkhatamkan bacaan sahaja. Untuk lebih memahami kandungan hadis-hadis dalam kitab ini, carilah alim ulama' yang boleh membantu kita

Selamat mencuba

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan