Isnin, 3 September 2012

Mencipta Matlamat




1. Matlamat adalah sasaran yang ingin dicapai

2. Penetapan matlamat membantu kita lebih fokus


3. Matlamat yang ingin dicapai mestilah mempunyai ciri-ciri SMART. Huraiannya seperti berikut :

S - Specific ( Terperinci )

Setiap matlamat mestilah terperinci. Matlamat seperti " saya ingin berjaya dalam peperiksaan " adalah terlalu umum.

M - Measureble ( Boleh Diukur )

Matlamat mestilah bersifat boleh diukur pencapaiannya. Matlamat seperti " saya ingin berjaya ' sukar diukur. Berjaya dalam sudut apa yang dimaksudkan?

A - Attainable ( Boleh Dicapai )

Jangan menetapkan matlamat yang mustahil untuk dicapai. " Saya ingin menjadi Ultraman Taro yang melawan raksasa " adalah matlamat yang tidak mungkin tercapai

R - Realistic ( Realistik )

Sasaran mestilah bersifat berpijak di bumi nyata. Jika anda menetapkan untuk untuk mendapat Purata Nilai Gred Terkumpul ( PNGK ) adalah 6.5, maka hal ini adalah mustahil kerana PNGK tertinggi hanyalah 4.0

T - Time-Bound ( Pembatasan Masa )

Mesti ada batasan waktu untuk sesuatu matlamat. "Saya mahu menjadi kaya raya ". Bila kita ingin menjadi kaya? Tetapkan waktunya

Usaha lif kejayaan

^_^
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan