Ahad, 2 September 2012

Panduan Menyambung Pengajian Di Peringkat Sarjana Atau PhD






1. Pertama sekali tentukan apakah keutamaan kita sebelum menyambung pengajian

2. Renungkan adakah keutamaan kita adalah untuk menyambung pengajian? Atau keutamaan kita sekarang adalah bekerja? Atau pun mungkin untuk membina rumah tangga?

3. Jika kita kita memilih untuk meneruskan pengajian, perkara-perkara berikut harus difikirkan :

-Kos pengajian dan sara hidup semasa belajar. Pilih untuk dapatkan biasiswa, buat pinjaman atau bekerja sendiri untuk mendapatkan sumber kewangan


- Corak pengajian yang ingin dipilih sama ada secara penyelidikan ( research ), kelas dan kertas projek ( coursework ) atau mix mode ( mod campuran antara kelas dan penyelidikan tesis / disertasi )

- Bentuk pengajian secara sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh ( pjj )

- Persetujuan keluarga ( ini penting untuk mengelakkan masalah di kemudian hari )

- Tempat pengajian sama ada di dalam negara atau di luar negara. Pengajian di dalam negara lebih murah kosnya dan mudah untuk pulang bertemu dengan keluarga

- Komitmen kita terhadap pengajian.

4. Antara cabaran yang dihadapi dalam pengajian di peringkat ini adalah motivasi kita dalam meneruskan pengajian. Di saat rakan-rakan kita sudah mendirikan rumah tangga atau selesa bekerja, kita masih belajar, belajar dan terus belajar

5. Pengajian di peringkat sarjana tidaklah serumit yang disangkakan oleh sesetengah pihak, namun bukan pula pengajian di peringkat ini merupakan sesuatu yang mudah

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Selamat menyambung pengajian

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan