Khamis, 19 April 2012

Member Yang Bergelar Sahabat



Dalam perjalanan menempuh kehidupan seharian, nescaya hidup ini akan kesunyian tanpa teman. Jerih perih kehidupan ini umpama minuman tidak berperisa, tawar tanpa rasa. Mujurlahlah kita tidak bersendirian, kerana kita masih punya sahabat yang sanggup menemani kita bersama-sama meladeni ranjau yang menanti.


Tidak semudah ungkapan, teman yang sejati sukar untuk dicari. Rakan yang sanggup ketawa bersama kita amat ramai sekali, tetapi yang menemani kita menangis barangkali hanya boleh dibilang dengan jari. Sahabat yang sejati akan tertawa apabila kita tertawa kerana jenaka yang lucu. Dia akan menangis apabila kita bersedih hati kerana kematian kucing kesayangan kita. Dia hadir di kala kita memerlukan dorongan setelah patah hati dengan keputusan peperiksaan yang baru diterima. Jika diminta pandangannya, dia akan memberikannya dengan jujur dan ikhlas apa adanya.

Sahabat sejati sukar ditemui, namun tidak bererti ianya tiada di dunia ini. Beruntunglah mereka yang telah menemuinya. Rugilah mereka yang telah kehilangannya. Kasih seorang sahabat, lebih bererti dari dari sebuah kereta Ferrari yang tidak bersuara di sisi.

Hargailah teman yang kita punya. Dan jadilah seorang yang terbaik kepada teman kita. Biarpun tidak sempurna, sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk menjadi seorang MEMBER YANG BERGELAR SAHABAT

^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan