Ahad, 22 April 2012

Pintu Yang Berkunci Itu



 
Rahman : Assalamualaikum w.b.t. Tolong buka pintu ini? Saya dah pulang 
Abu : Waalaikummussalam w.b.t. Silalah masuk

Rahman : Bagaimana saya boleh masuk jika kamu tidak membuka pintunya??

Abu : Dan bagaimana pula saya dapat membuka pintu ini untuk kamu jika saya tidak memiliki kuncinya??

Anekdot di atas adalah cerita rekaan semata-mata. Ya, biasanya untuk memasuki sebuah rumah kita akan masuk melalui pintunya ( kecuali anda ada hobi untuk masuk ke dalam rumah melalui tingkap ). Dan untuk membuka pintu itu, kita memerlukan kuncinya ( kecuali pintu anda jenis automatik, itu pun masih memerlukan kepada sebuah sistem berkomputer untuk mengendalikannya )

Begitulah juga perumpamaan antara jiwa yang suci dan bersih dengan tauhid yang lurus. untuk memiliki jiwa yang bersih, masuklah melalui pintu yang tepat iaitu akidah. Akidah yang sejahtera adalah sebagaimana yang terakam dalam ungkapan syahadatain iaitu "Tidak ada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul-Nya"

Dua kalimah syahadah inilah anak kunci kepada pintu akidah bagi sebuah rumah yang dinamakan Tazkiyyah An-Nafs. Rumah ini ditegakkan dengan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam sebagai tiang-tiangnya.

Perumpamaan ini hanyalah sekadar perumpamaan, untuk menggambarkan hubungan di antara Akidah, Syahadah, Rukun Iman, Rukun Islam dan Tazkiyyah An-Nafs.

Kesimpulannya, apabila ingin memasuki sesebuah rumah, masuklah melalui pintunya...

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan