Jumaat, 20 April 2012

Fiqh Al-AKhlaq Wa Tazkiyyah An-Nafs 1


Coretan santai dari menara gading

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga 
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa

Begitulah indahnya bidalan ( ke peribahasa? hentam sajalah labu ) orang-orang tua di zaman dahulu bagi mengungkapkan keindahan budi pekerti. Tutur kata yang penuh hemah dan disulami dengan tingkah laku yang penuh hikmah menjadi 'perhiasan' yang meniti di bibir-bibir manusia.

Akhlaq, mudah untuk disebut, perit untuk disahut. Semudah mengucapnya, namun payah diungkap dalam kehidupan realiti. Malah diri yang menulis ini juga tidaklah sempurna peribadinya.

Tazkiyyah An-Nafs, secara mudah diertikan dengan penyucian jiwa. Bagaimana menyucikan jiwa? Mungkin itu persolan yang bermain di minda setiap orang yang inginkan keredhaan Ilahi.

Justeru, apa kaitan akhlaq dan tazkiyyah an-nafs?

Manusia itu adalah ibarat LRT (Light Rapid Transit? ) Wow, cakap orang putih la pulak.. Sepantas mana ia bergerak, ia tidak boleh lari dari landasan yang diciptakan untuknya. Begitulah ibaratnya manusia, telah diciptakan 'landasan' oleh Allah untuk kehidupannya di muka bumi ini. Landasan itu adalah apa yang diwahyukan oleh-Nya dalam Kalam-Nya dan dihuraikan oleh lisan Rasul-Nya. Dan landasan ini, akan membawa kita menuju ke destinasi yang dituju, iaitu akhirat yang kekal abadi.

Dalam perjalanan menuju landasan, kita akan membawa 'penumpang', 'penumpang' itu adalah amalan-amalan kita di dunia. Akhlaq itu ibarat amalan yang baik, yang digandingkan dengan 'pemandu' kereta api tersebut iaitu tazkiyyah an-nafs. ( Tetapi LRT mana ada pemandu ya tak? Kalau macam tu anggaplah sistem komputer yang menyelaras perjalanan LRT itu adalah pemandunya )

Gandingan antara pemandu dan penumpang, di atas landasan yang betul, akan membawa kita menuju ke destinasi yang dituju. ( Betul ke perumpamaan macam ini? Tak kisah lah. Yang penting ia sekadar ilustrasi untuk menggambarkan apa itu akhlaq dan kaitannya dengan tazkiyyah an-nafs )

Semoga kita sama-sama sedang berada di atas landasan yang betul...

P/s : Bersambung di coretan santai seterusnya

^_^

2 ulasan:

  1. Allah2...begitu banyak perkongsiannya..semoga dirahmati ALLAH selau...Allahumma Amin. insyaALLAH... teruskan dengan penulisan ni..insyaALLAH..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan... Saya juga mendokan kejayaan saudari dalam kehidupan... semoga Allah merahmati kita semua... :)

      Padam