Sabtu, 21 April 2012

Wang, Anda Dan Islam












Buku ini adalah hasil nukilan tokoh yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Al-Fadhil Dr Zaharuddin Abd Rahman Hafizahullah. Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam. Dr Zaharuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, dan Doktor Falsafah dalam Syariah And Islamic Finance dari Universiti of Wales

Urusan kewangan adalah merupakan suatu isu yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Tidak dapat tidak, kita terpaksa berhadapan dengan isu ini setiap hari. Justeru, kehadiran buku ini adalah tepat pada masanya di kala umat Islam dahagakan informasi-informasi terkini dalam urusan kewangan.

Antara topik yang dibahas dalam buku ini adalah berkaitan dengan perbankan Islam, MLM, KWSP dan sebagai. Saya secara peribadi mengesyorkan buku ini sebagai bahan bacaan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan Ilmu Kewangan Islam, terutamanya para pelajar yang mengambil jurusan syariah.

Selamat membaca...

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan